Wednesday, September 16, 2009

Pengalaman masak kuih ramai-ramai..

Tanggal 13 September 2009 baru-baru ini, kami telah berjaya mengadakan majlis berbuka puasa..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..aku ditugaskan buat kuih..kuih ni namanya kuih buah melaka..tp orang ganu panggil kuih onde-onde..


gentel adunan jadi bentuk sfera..


ni la hasilnya..kuih buah melaka 2nd year..hehe

Bahan-bahan :
1) 1 kg tepung pulut
2) 1/2 sudu garam
3) 2 penutup pewarna hijau (boleh ganti daun pandan)
4) Gula melaka dikerat kecil2
5) Kelapa parut (di tambah dgn sedikit garam)

Cara-cara:
1) Gaul tepung pulut+garam+air+pewarna hijau sehingga sebati.
2) Sementara itu panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
3) Doh dikecil2 kan dlm bentuk sfera.
4) Masukkan gula melaka ke dlm doh sfera.
5) Kemudian,masukkan ke dalam air yg telah mendidih tadi.
6) Angkat kuih guna penapis utk toskan air dia. Angkat bila kuih tadi sudah terapung di permukaan air.
7) Salut kuih tadi dgn kelapa parut.
8) Dah boleh makan...

Terima kasih kepada sume sahabat-sahabat yang sanggup naik tingkat 4 mai umah sy semata-mata nak tolong buat kuih ni..jasa anda semua dikenang..

Sunday, September 6, 2009

Daging masak halia..


Gambar sekadar hiasan yg diambil lam internet..

Hujung minggu balik kedah blajo masak daging masak halia ngan pak saudara..best.. :)

Bahan-bahan :
1/4 kilo daging
1 labu bawang besar (dihiris)
6 inci halia (dihiris nipis)
2 batang lada hidup (dipotong menyerong)
10 helai daun bawang (dipotong 5 inci panjang)
3 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
5 tangkai kacang panjang (dipotong 5 setiap satu)
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Cara-cara :
1) panaskan minyak, goreng bawang, halia hingga naik bau.
2) masukkan daging dan biar separuh masak.
3) masukkan daun bawang, lada hidup, kacang panjang, sos tiram dan air.
4) tunggu sehingga masak dan masukkan garam.
5) perlahankan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
6) tunggu sehingga masak dan boleh dihidang.

Thursday, September 3, 2009

Nasi Kerabu..


Bulan Ramadhan ni best gak kalau buka puasa ngan nasi kerabu ni..tp sejak bile la pulop aku ni suke makan nasi kerabu ..? setau aku klu balik ganu x sentuh pun nasi kerabu ni..kat perlis elok-elok je makan..dalam bulan Ramadhan ni dah 3 hari berturut-turut buka puasa ngan nasi kerabu ni..sampaikan sahabat-sahabat len pelik..?? hehe..

Bahan-bahan :
* 3 cawan beras (utk nasi)

Bahan Kuah Tumis :
* 5-6 biji bawang merah (kisar)
* 3 ulas bawang putih (kisar)
* 1 sm halia (kisar)
* 5 tangkai cili kering (kisar)
* 3 cawan santan
* 1 batang serai (titik)
* 1 keping asam keping
* garam, gula dan perasa secukupnya.

Bahan Serunding Ikan :
* 3-4 ekor ikan kembung sederhana besar
* 1 biji bawang besar
* 1/2 biji kelapa parut
* 1 tangkai cili merah
* garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Bahan Sambal Budu :
* 4-5 tangkai cili padi (hiris halus)
* 3-4 sudu besar budu
* 1 biji limau nipis secukupnya (boleh ditukar dengan lemon atau kasturi)

Bahan Isian Kerabu :
* 5-10 biji kacang panjang (hiris halus)
* 1 biji timun (cincang memanjang)
* 1/4 biji kubis (hiris halus)
* 1 batang bunga kantan (hiris halus)
* 1 batang serai (hiris halus)
* 1 genggam daun kesum (hiris halus)
* 1 genggam tauge (buang ekornya)
* keropok ikan
* telur masin
* ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung
* bawang putih jeruk (jika suka)
* solok lada (jika suka)

CARA MEMASAK :

Kuah Tumis :
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan, serai dan asam keping.
3. Bila kuah agak pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah cukup masak dan pecah minyak angkat ketepikan.

Serunding ikan :
1. Bakar ikan kembung dan asingkan isinya.
2. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga kuning keperang-perangan dan kisar kasar.
3. Campurkan kelapa bersama isi ikan, hirisan cili dan bawang, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.

Sambal Budu :
1. Masukkan cili bersama budu dalam mangkuk.
2. Perahkan asam limau ke dalamnya.

Cara Menyediakan Nasi Kerabu :
1. Masukkan nasi dalam pinggan, taburkan di atasnya semua bahan ulaman, hidangkan bersama serunding ikan, kuah tumis dan sambal budu.
2. Untuk lebih sedap boleh ditambah dengan ayam goreng, daging bakar, solok lada dan keropok.

SOLOK LADA :

Bahan-bahan :
* 10 biji lada hijau (belah jangan sampai putus dan buang biji)
* 1/2 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
* 5 biji bawang merah (kisar)
* 1 sm halia (kisar)
* 2 ekor ikan kembung (bakar ambil isinya sahaja)
* garam, gula dan perasa secukupnya.

Cara Memasak :
1. Semua bahan kisar dicampurkan bersama ikan, kelapa parut, garam, gula dan perasa secukup rasa.
2. gaul rata dan sebatikan.
3. sumbatkan dalam lada yang telah dibuang biji.
4. Susun dalam periuk, tuangkan santan pekat dan rebus atau kukus hingga kering.