Bulan Ramadhan ni best gak kalau buka puasa ngan nasi kerabu ni..tp sejak bile la pulop aku ni suke makan nasi kerabu ..? setau aku klu balik ganu x sentuh pun nasi kerabu ni..kat perlis elok-elok je makan..dalam bulan Ramadhan ni dah 3 hari berturut-turut buka puasa ngan nasi kerabu ni..sampaikan sahabat-sahabat len pelik..?? hehe..
Bahan-bahan :
* 3 cawan beras (utk nasi)
Bahan Kuah Tumis :
* 5-6 biji bawang merah (kisar)
* 3 ulas bawang putih (kisar)
* 1 sm halia (kisar)
* 5 tangkai cili kering (kisar)
* 3 cawan santan
* 1 batang serai (titik)
* 1 keping asam keping
* garam, gula dan perasa secukupnya.
Bahan Serunding Ikan :
* 3-4 ekor ikan kembung sederhana besar
* 1 biji bawang besar
* 1/2 biji kelapa parut
* 1 tangkai cili merah
* garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Bahan Sambal Budu :
* 4-5 tangkai cili padi (hiris halus)
* 3-4 sudu besar budu
* 1 biji limau nipis secukupnya (boleh ditukar dengan lemon atau kasturi)
Bahan Isian Kerabu :
* 5-10 biji kacang panjang (hiris halus)
* 1 biji timun (cincang memanjang)
* 1/4 biji kubis (hiris halus)
* 1 batang bunga kantan (hiris halus)
* 1 batang serai (hiris halus)
* 1 genggam daun kesum (hiris halus)
* 1 genggam tauge (buang ekornya)
* keropok ikan
* telur masin
* ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung
* bawang putih jeruk (jika suka)
* solok lada (jika suka)
CARA MEMASAK :
Kuah Tumis :
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan, serai dan asam keping.
3. Bila kuah agak pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah cukup masak dan pecah minyak angkat ketepikan.
Serunding ikan :
1. Bakar ikan kembung dan asingkan isinya.
2. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga kuning keperang-perangan dan kisar kasar.
3. Campurkan kelapa bersama isi ikan, hirisan cili dan bawang, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
Sambal Budu :
1. Masukkan cili bersama budu dalam mangkuk.
2. Perahkan asam limau ke dalamnya.
Cara Menyediakan Nasi Kerabu :
1. Masukkan nasi dalam pinggan, taburkan di atasnya semua bahan ulaman, hidangkan bersama serunding ikan, kuah tumis dan sambal budu.
2. Untuk lebih sedap boleh ditambah dengan ayam goreng, daging bakar, solok lada dan keropok.
SOLOK LADA :
Bahan-bahan :
* 10 biji lada hijau (belah jangan sampai putus dan buang biji)
* 1/2 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
* 5 biji bawang merah (kisar)
* 1 sm halia (kisar)
* 2 ekor ikan kembung (bakar ambil isinya sahaja)
* garam, gula dan perasa secukupnya.
Cara Memasak :
1. Semua bahan kisar dicampurkan bersama ikan, kelapa parut, garam, gula dan perasa secukup rasa.
2. gaul rata dan sebatikan.
3. sumbatkan dalam lada yang telah dibuang biji.
4. Susun dalam periuk, tuangkan santan pekat dan rebus atau kukus hingga kering.
RESIPI KEK PAUN OREN
9 months ago
0 comments:
Post a Comment