Tuesday, November 16, 2010

cekodok pisang


masak-masak at hostel..

Bahan-bahan:

* Pisang yang EXTRA masak
* Gula
* Garam
* Tepung gandum
* Air

Cara-cara:

* Hancurkan pisang.
* Masukkan gula.
* Masukkan tepung + garam.
* Masukkan air sikit-sikit dan tengok kepekatan. Jangan cair sangat bancuhannya.
* Kacau bancuhan.
* Goreng bulat-bulat( guna tangan) atau bujur-bujur (guna sudu) dalam minyak
panas.
* Goreng sampai keperangan macam gambar atas tu.

tambahan:

*untuk bagi kembang dan cantik, bancuhlah setikit yis dengan air dan kacau bersama bancuhan.

Kuih Cek Mek Molek


masak-masak at hostel..

Bahan-Bahan:

ubi keledek
planta
tepung gandum
garam
telur
air
minyak (untuk menggoreng)
gula

Cara:

ubi keledek direbus bersama air dan garam sehingga empuk. Angkat ubi keledek yang direbus kemudian dilenyek sehingga hancur. Masukkan planta,garam, telur dan gandum sehingga menjadi doh. Bulatkan doh menjadi bebola. Kemudian doh tadi di leperkan, seterusnya letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah selesai semuanya bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

Tuesday, June 29, 2010

Petua Memasak


1.Elak mata pedih ketika kupas bawang
-basahkan dahulu bawang atau boleh juga dikupas di bawah air mengalir .
-bau bawang yang menyebabkan mata pedih (kalau tidak silap la..)
2.bawang kupas tahan lebih lama
-untuk memudahkan kerja memasak, bolehlah dikupas bawang lebih awal tetapi jangan dibasuh.Kemudia simpan dalam bekas plastic dan masukkan ke dalam peti sejuk. Jika hendak memasak,keluarkan dan basuh sebelum digunakan.

Mee Kari


masak-masak kat umah..

Bahan-bahan:

Kuah kari:

-3 mangkuk santan
-5 biji bawang merah (kisar)
-4 ulas bawang putih (kisar)
-1 sm halia (kisar)
-2 batang serai (titik)
-3 sudu besar rempah kari
-1 sudu besar serbuk cili
-1 cawan hirisan ayam
-6 ekor udang
-10 biji fish ball
-5 biji tauhu bulat goring (belah dua)
-1 keping asam keeping
-garam secukupnya
-sedikit minyak untuk menumis

Isian:

-500 gm mee kuning (celur)
-1 mangkuk taugeh
-2 batang sawi
-cili merah (hiris)
-telur rebus atau telur puyuh

Hiasan:

-bawang goreng
-hirisan daun bawang
-hirisan daun sup

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air, diikuti serbuk cili.
3. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau sehingga rata.
4. Masukkan pula isi ayam, serai dan asam keeping.
5. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan udang, fish ball dan tauhu goreng.
7. Setelah fish ball timbul bolehlah diangkat.
8. Masukkan mee ke dalam mangkuk, letakkan di atasnya bahan isian. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya dan hiaskan dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

Monday, June 21, 2010

Bubur Kacang Hijau

Bahan-Bahan

-500 gm kacang hijau
-250 gm gula merah atau putih
-1 liter santan kelapa
-2 helai daun pandan
-Sedikit garam.

Cara-cara

-Rebus kacang hijau sampai lembut.
-Masukkan santan bersama daun pandan,
-kemudian masukkan gula merah atau putih dan sedikit garam.
-Masak hingga mendidih dan hidangkan.

Nasi Ayam

NASI
8 ulas bawang putih - kisar
4 inci halia - kisar
4 tin susu beras
4 tin sup ayam
2 helai daun pandan
majerin/butter
1 sudu kecil serbuk kunyit

CARA
1. Tumis bwg putih, halia dgn majerin.

2. Lepas naik bau, masukkan sup ayam,daun pandan, serbuk kunyit dan beras. Tunggu hingga masak.

SUP AYAM
1 ekor ayam dipotong ikut suka
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 inci kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
2 cengkih
garam
air

Cara
1. Tumis halia dan bawang putih yang telas dihiris halus.

2. Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih.

3. Masukkan ayam dan goreng selama 5 minit.

4. Masukkan air dan garam secukup rasa.

5. Biar masak dan simpan 4 tin sup ayam untuk digunakan untuk memasak nasi ayam.

6. Keluarkan ayam untuk digoreng

SAMBAL CILI

10 tangkai cili merah
2 bawang putih
2 sudu besar air limau nipis
gula dan garam secukup rasa

Cara
Blend semua bahan


AYAM
Ayam yang telah dimasak sup ditoskan drp supnya
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap & 3 sudu besar sos lada hitam



Cara memasak :

Campurkan semua bahan, perap sebentar dan goreng ayam shingga berwarna keemasan

lepat pisang


Bahan-bahan:

4 biji pisang emas yang besar atau 3 biji pisang raja
45 gm gula pasir
30 gm tepung gandum (ayak)
3 sudu besar kelapa parut (dibuang kulit arinya) & sedikit garam
2 keping daun pisang anggaran utk 8 biji kuih

Cara-cara:
1. Basuh & celurkan daun pisang dalam air yang panas atau layur di atas api. Keringkan atau lap daun yang lembut itu.
2. Kupas pisang & lecek dalam mangkuk adunan. Campurkan gula,kelapa parut & tepung.Kacau rata-rata.
3. Letakan sepotong daun pandan di atas sehelai daun pisang & bubuh 1 sudu daripada adunan itu memanjang & ratakan.
4. Balut adunan itu dengan daun pisang & lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Letakkan dalam dulang pengukus & kukuskan selama 15-20 minit.
5. Keluarkannya dari dulang pengukus & hidangkan dalam pinggan sama & panas atau sejuk.

kuih siput

Bahan-bahan :

* 5 cawan tepung gandum
* 70gm majerin
* 1 sudu kecil serbuk jintan manis
* 1 sudu kecil serbuk jintan putih
* 2 sudu kecil serbuk udang kering
* 1 sudu kecil garam
* 2 sudu cili serbuk
* hirisan daun kari
* santan secukupnya
* minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Gaul semua bahan kecuali santan.
2. Masukkan santan dan uli sehingga menjadi doh.
3. Gunakan acuan kuih siput atau gulung menggunakan garfu untuk membentuk seperti siput.
4. Goreng hingga kuning keemasan.

Tuesday, February 23, 2010

..sotong masak merah..



masak-masak kat umah..

Bahan-Bahan:
300 g sotong (potong ikut suka)
2 biji cili merah (dibelah 4)
3 biji bawang besar (dihiris kasar)
garam secukup rasa
200g asam jawa

Bahan dikisar:
1.2 sm halia
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
15 biji cili kering
¼ cawan air

Cara:
Sotong dibersihkan dan ditoskan. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kuning, kemudian masukkan bahan kisar. tumis sehingga naik bau. masukkan air asam jawa dan masukkan sotong. masukkan garam secukup rasa. Masak hingga empuk barulah diangkat.