Friday, August 14, 2009

ikan keli masak cili padi


Bahan-Bahan:
1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah)
1 biji kelapa - asingkan pati
50 biji cili padi
dua biji pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit
Limau kasturi
Garam secukup rasa

Cara:

1. Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu
buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.
2. Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan.
3. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar.
4. Kemudian masukkan lebihan santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak.
5. Masukkan garam. Setelah ikan masak masukkan pati santan.
6. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang


Petua:

Cili padi memang banyak, tak pedas sebab ada pisang dan limau. Kalaau nak lagi pedas boleh tambah lagi. Pisang tu tak perlu dibuang kulit. Masakan ni akan berwarna kehijauan dan agak pekat berbanding gulai biasa. Jangan kacau terlalu kuat sebab ikan senang hancur. Selamat memasak.

ikan singgang


sekadar gambar hiasan yg diambil lam internet..

resipi kali ni mudah, cepat, dan best..urmmm, yummy.!! ikan singgang kalau dimakan dengan budu dan sambal belacan lagi best..!! Ni la salah satu makanan kegemaran ku..tp malangnya masakan ni tak ade kat tempat aku belajar sekarang, xpe, yang penting cuti dah dekat, leh la masak sendiri..

Bahan-bahan :


* 1 ekor ikan tongkol (di potong 5,di bersihkan & ditoskan)
* 2 ulas bawang putih (diketuk kasar )
* 6 ulas bawang merah (diketuk kasar )
* 2 inci lengkuas ( diketuk kasar )
* beberapa hiris kunyit tongkol.
* 2 keping asam gelugor.
* garam secukup rasa.
* air ikut suka ( tapi jangan terlalu banyak,nanti kuah menjadi cair )
* bendi @ kacang mior.......

Cara-cara

1. Panaskan air dalam periuk.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan lengkuas yang telah diketuk tadi.
Masukkan juga kunyit yang telah dihiris.
3. Kemudian masukkan asam gelugor dan ikan.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Kemudian masakkan bahan tadi sehingga mendidih..apabila ikan agak
masak,masukkan bendi,dibiarkan sekejap & tutup api...bolehlah dihidangkan...

Friday, August 7, 2009

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak



Petikan ini diambil dr blog seorang chef :

Assalamualaikum
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara. Sekian

Tuesday, August 4, 2009

Keropok Lekor

baru siap digentel..
rebus..
tos air after direbus..
siap digoreng..
beraneka bentuk keropok..

Bahan-bahannya:

1 kg ikan kembung/selayang - asingkan dari tulang
240-260g tepung kanji/sagu
Garam secukup rasa
air utk merebus
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa

Bahan sos:

500ml air
150g gula merah
3 camb cili kisar
60ml air+1camb asam jawa+2cm belacan
Garam, Gula dan serbuk perasa

Cara membuatnya:

1. Kisar isi ikan hingga hancur. Campurkan dengan tepung kanji dan garam. Uli sebati
dan bentukkan memanjang.
2. Jerang air sehingga mendidih dan rebus hingga keropok timbul. Angkat dan toskan.
3. Hiris keropok tadi nipis-nipis dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan
terlebih dahulu.
4. SOS : Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga pekat. Sesuaikan
rasanya dan hidangkan dengan keropok yang telah digoreng tadi.

Thursday, July 30, 2009

Puding batik biskut marie

ni la makanan yang paling disukai adik-adikku..setiap kali balik cuti wajib kene buat tuk mereka..seronok tengok mereka sume makan coz kadang-kadang angah sendiri pun tak sempat rase..pantang ade biskut marie mesti suh angah buat..aduhai biskut marie..





Bahan-bahan :

450 gm biskut Marie
250 gm mentega
100 gm MILO
250 gm susu krimer pekat manis
2 biji telur
350 ml air (2 cawan air)
5 sudu besar koko
1/3 cawan gula
sedikit emulco coklat (jika suka)

Cara Membuatnya :

1. Panaskan mentega dan 1 cawan air hingga mentega itu cair.Gunakan api perlahan.
2. Masukkan milo,susu krimer, gula, koko dan emulco coklat. Kacau sebati.
3. Pukul telur dengan garfu dan masukkan ke dalam periuk. Masak adunan hingga pekat.
4. Masukkan biskut marie yang telah dibelah 4. Kacau hingga semua biskut basah.
5. Sediakan loyang berukuran 10 inci atau 9 inci. Griskan dengan minyak atau lapik plastik.
6. Tuangkan adunan dan ratakan.Apabila agak sejuk,tekan dengan plastik agar padat.
7. Masukkan dalam peti sejuk setelah puding agak suam.Setelah keras, bolehlah dipotong dengan pisau tajam.

Mee Rebus

ni la makanan kegemaran mak dan ayah kesayangan..



BAHAN-BAHAN :

Bahan Untuk Kuah :


* Tulang lembu - direbus.

* Udang dikupas - direbus dan diblander.

* Ubi keledek atau ubi kentang - direbus dan diblander.

* Kacang Tanah digoreng tanpa minyak buang kulit dan mesin jangan sampai halus.

* cili kering, bawang merah dan bawang putih dimesin.

* tomato tin heinz sebanyak satu senduk.


Bahan Untuk Mee :


* Mee, dicelur

* Taugeh dicelur

* Tauhu Keping digoreng

* Telur Direbus

* Bawang Goreng

* Cili Merah dihiris

* Daun Bawang dihiris

* Limau Nipis dihiris.



CARA MEMBUATNYA

Penyediaan Kuah

1. Panaskan minyak dan tumis cili yang dimesin tadi

2. Bila agak garing masukkan udang rebus, tulang yang direbus serta ubi keledek

3. Masukkan air rebusan tulang, udang tersebut

4. Bila sudah mengelegak masukkan tomatO heinz.

5. Dan akhir sekali masukkan kacang tanah dan bolehlah masukkan garam dan
serbuk perasa.