Friday, August 14, 2009

ikan keli masak cili padi


Bahan-Bahan:
1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah)
1 biji kelapa - asingkan pati
50 biji cili padi
dua biji pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit
Limau kasturi
Garam secukup rasa

Cara:

1. Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu
buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.
2. Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan.
3. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar.
4. Kemudian masukkan lebihan santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak.
5. Masukkan garam. Setelah ikan masak masukkan pati santan.
6. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang


Petua:

Cili padi memang banyak, tak pedas sebab ada pisang dan limau. Kalaau nak lagi pedas boleh tambah lagi. Pisang tu tak perlu dibuang kulit. Masakan ni akan berwarna kehijauan dan agak pekat berbanding gulai biasa. Jangan kacau terlalu kuat sebab ikan senang hancur. Selamat memasak.

0 comments: